Monday, 30 April 2012

Dari Hujung Kembali Ke Asal

   Daripada manakah asalnya kita? Soalan ini mungkin pernah sekurang-kurangnya sekali terlintas di fikiran. Mungkin ada yang dengan berseloroh menjawab daripada keturunan nabi. Ini memang benar seratus-peratus. Sesiapa daripada umat Islam yang tidak percaya perlu menilai semula keimanannya. Sesungguhnya umat manusia ini berasal daripada keluarga nabi dan khalifah pertama di muka bumi ini iaitu Adam alaihissalam. Persoalan seterusnya ialah apa pula ceritanya selepas itu.
   Sebagai manusia yang terhad daya inteleknya dan terbatas pula jangka umurnya, adalah mustahil untuk kita mengorek khazanah sejarah sepenuhnya secara individu. Oleh itu patutlah sekiranya kita memulakan dengan yang dekat dengan kita iaitu keluarga sendiri. Keluarga di sebelah bapa memang diketahui berasal dari Patani yang berhijrah ke Sungai Kob. Mereka adalah antara yang bertanggungjawab membuka tanah di perkampungan ini bersama-sama masyarakat Patani lain dan juga Acheh. Namun memandangkan bapa daripada rakyat biasa, susah untuk merunut salasilah keluarganya untuk melangkau melepasi moyangnya kerana tidak memiliki rekod bertulis. Oleh itu yang tinggal hanyalah nasab sebelah ibu.
   Sebagai seorang murid di sekolah rendah pernah guru bertanya berkenaan nama saya, "Kenapa ada Megat?" sedangkan bapa tidak pula memiliki gelaran itu. Waktu itu yang mampu dijawab hanyalah dengan memberitahu ia disebabkan datuk sebelah emak bergelar Tengku. Hanya itu sahaja pengetahuan tentang keluarga sendiri yang dimiliki ketika itu. Namun lama kemudian timbul keinginan untuk mengetahui lebih lanjut dan timbullah pula nama moyang, Tengku Abdullah Lebar. Keadaan kekal sebegitu dengan hanya mengenali atau sekadar mendengar nama individu daripada lingkungan keluarga ini.
   Menjelang bulan Jun 2005 saya dikejutkan oleh satu berita di akhbar Harian Metro bertajuk "Kubur dipercayai kerabat diraja" yang melaporkan ia milik seorang bergelar "Tengku Abdullah Lebar" maka tidak syak lagi ia milik moyang lebih-lebih lagi keluarga di sini memang sedia maklum yang datuk sebelah ibu berasal dari Bakau Tua.
   Kami sekeluarga kemudiannya ada menziarahi makam tersebut dan benar sekali nama yang tertulis di nesan milik moyang. Seterusnya saya cuba juga mencari di internet dengan harapan dapat berjumpa maklumat yang lebih lanjut. Hasilnya kosong, tiada apa-apa. Cuba pula mengorek cerita daripada ahli keluarga sendiri, malangnya tidak banyak yang di ketahui. Jawapan yang diterima hanyalah tidak tahu dan tidak pernah bertanya.
   Perkara menjadi lebih buntu kerana datuk telahpun pulang ke Rahmatullah pada 1990 tanpa sempat untuk diri ini bertanya perihal keluarga ini kepadanya. Yang anehnya kenapa tidak beliau bercerita kepada semua anak-cucunya tentang asal-usul keluarga ini. Di kalangan anak-anaknya  kenapa pula tidak mahu bertanya. Adakah terdapat banyak rahsia yang perlu disimpul kemas dan dijauhkan daripada pengetahuan generasi kami?
  Simpulan itu kebelakangan ini bagaimanapun mula terungkai apabila terdapatnya gelombang pencarian salasilah di internet. Melalui laman blog Nik Ya Omar akhirnya tercantum juga salasilah keluarga ini yang sekian lama terputus. Alhamdulillah dipanjatkan sekiranya pertalian salasilah itu benar-benar sahih. Semoga semua keturunan yang terbit daripada keluarga besar ini akan kenal jati diri masing-masing. Amin.

Sunday, 29 April 2012

Percantuman Salasilah Keluarga Berdasarkan Satu Sumber

Berikut adalah salasilah keluarga saya:

Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
Berkahwin dengan isteri ketiga, anak:

Sultan Abdullah Mukarram Shah
Berkahwin dengan Che Fatima Dewi @ Che Mas, anak:

Tunku Daud
Berkahwin dengan Puteri Tengku Sayyid al-Sharif Alwi (Tengku Long Puteh), Siak, anak:

Tunku Muhammad Saad
Mangkat 23 Mei, 1847. Makam di perkuburan Toh Keramat, Pulau Pinang. Berkahwin dengan Tunku Fatima binti Tunku Sulaiman bin Sultan Abdullah Mukarram Shah ?, anak:

Tunku Abdullah Lebar @ Raja Lebar @ Tok Ku Lebar
Mangkat 1923. Makam di Bakau Tua, Seberang Perai. Mempunyai tiga isteri:
A. Tunku Kalsom @ Chom
B. Tunku Bunga  binti Tunku Muhammad Chan
Menetap di Bakau Tua. Daripada jurai Tunku Long Taha (Paduka Raja Legeh) bin Tunku Long Putera Shah bin Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
C. Tunku Rahmah @ Na'imah 
Asal Bagan Serai, Perak. Berpindah ke Bukit Bertam, Selama, Perak. Makam di perkuburan Kg Tua, Selama, Perak.
D. Tunku Maryam
Dikatakan tinggal di Bukit Meriam, Kota Kuala Muda Kedah. (Berdasarkan cerita bekas menantu Tunku Abdullah Lebar, Sopiah Mat Arif).

Anak dengan Tunku Rahmah @ Nai Imah:
1 Tengku Ahmad @ Raja Ahmad 
Mangkat, anak:
 1.1 Tengku ? Ramlah *
 1.2 Tengku ? Zainab *

2 Tengku Aishah 
Mangkat, anak:
 2.1 Zainon (P) *
 2.2 Yon *

3 Tengku Hamid 
Mangkat Disember 1990. Makam di perkuburan Kg Lindungan Raja, Sedim, Kedah. Mempunyai dua isteri:
A. Sopiah binti Mat Arif 
Bercerai. Menetap di Bukit Bertam, Selama, Perak. Meninggal, dikebumikan di perkuburan Kg Tua, Selama, Perak.
B. Zaiton binti ?
Menetap di Sedim, Kedah. Meninggal, dikebumikan di perkuburan Kg Lindungan Raja, Sedim, Kedah.

Anak dengan Sopiah binti Mat Arif:
1 Tengku Rokman berkahwin dengan Siah binti Awang
 1.1
 1.2
 1.3
 1.4
 1.5 

2 Tengku Hakim berkahwin dengan Siti Halijah
Menetap di Bukit Bertam, Selama, Perak, anak:
 2.1 Ku Helmi
 2.2 Ku Hasliza
 2.3 Ku Hezli
 2.4 Ku Hezri
 2.5 Ku Haslini
 2.6 Ku Hasrul
 2.7 Ku Haida
 2.8 Ku Hanis

3 Ungku Mi @ Siti Azmi berkahwin dengan Ismail bin Said 
Menetap di Kg Sungai Kob, Karangan, Kedah, anak:
 3.1 Salmah

 3.2 Salijah berkahwin dengan Rusli bin Ibrahim 
Menetap di Sungai Petani, Kedah, anak:
     3.2.1 Mohammad Alif
 3.3 Megat Rahim berkahwin dengan Azlina binti Yusuf 
Menetap di Manjung, Perak, anak:
    3.3.1 Nurul Ilyana Syuhada berkahwin dengan Zulkhibri bin Anuar, anak:
         3.3.1.1 Muhammad Za'im Najmi
         3.3.1.2 Nur Qurratu'ain Zahirah 
    3.3.2 Nurul Atiqah Syuhada 
    3.3.3 Fitri Nizam 
    3.3.4 Puteri Nurul Fathahiyah berkahwin dengan Mohd Shukri bin Mohd
               Zaki 
    3.3.5 Fakrul Razi 
    3.3.6 Amir Farid 
    3.3.7 Puteri Nurhayati

 3.4 Megat Rasyidi
 
 3.5 Siti Syakinah berkahwin dengan Muhamad Ridzuan bin Zakaria 
Menetap di Pasir Gudang, Johor, anak:
    3.5.1 Muhammad Aisy Abqari

4 Ungku Azma @ Siti Azma 
Meninggal muda dalam usia 5/6 tahun.

Nota: Sopiah binti Mat Arif berkahwin kali kedua dengan Samah bin Yasin. Mendapat tiga anak perempuan 1 Siti Habshah, 2 Siti Akisah, 3 Salasiah. 

Anak dengan Zaiton binti Isa:
1 Faridah. Meninggal muda.
2 Fatimah. Menetap di Jengka, Pahang
3 Tengku Bashar. Meninggal.
4 Tengku Abdullah @ Ablah. Menetap di Machang, Kelantan.
5 Yusuf
6 Adnan. Menetap di Kluang, Johor.
7 Fauziah. Menetap di Sungai Siput, Perak.
8 Jalil
9 Jalaluddin
Pernah menetap seketika dengan keluarga Tengku Taha di Kuala Kedah.

Nota:
Mengikut anak Tengku Bashar, hanya ayahnya dan Tengku Abdullah yang masih memakai gelaran bangsawan.
Kekosongan nama yang terdapat di atas akan diusahakan kemudian kerana tidak mengetahui nama penuh individu-individu terbabit.
Jika terdapat kesilapan minta diperbetulkan.

Pengumuman:
Tengku Daie bin Tengku Saleh, juga dikenali sebagai anak menakan (anak saudara) Tengku Hamid bin Tunku Abdullah Lebar, masih dikaji dan menunggu jawapan cantuman pertaliannya. Sesiapa yang mempunyai maklumat diharap dapat membantu cucunya Mahadhir bin Mat Lazim a.k.a Don Balon. Terima kasih.